Sunday, April 11, 2010

please God help me

baru sekarang dapat menulis balik..
musim yang sibuk memang sedang bejalan,
hati dan perasaan kena kuat, mental mesti bertahan,
tapi ada perkara yang tidak dapat kita tanggung sendiri,
kalaupun kita kuat, kita masih perlu sesuatu untuk menolong kita.

  1. Tuhan selalu ada di sisi kita, menolong bila kita perlu dan dalam masa yang kita rasa tidak perlu pun sebenarnya Tuhan ada di sisi kita.
  2. Kasih sayang daripada orang lain, kita perlu kasih sayang. bukan setakat daripada keluarga, tapi daripada kawan2 yang lain juga. kasih sayang tidak bermakna cinta, tapi cinta itu adalah kasih sayang.
  3. Kejujuran; daripada pengalaman saya, kejujuran itu penting. walaupun sukar, adalah lebih senang jika kita berterus terang. walaupun kadang-kadang kita terpaksa menipu demi sesuatu kebaikan.. kejujuran adalah lebih manis.
  4. keihlasan; jika kita membantu dengan hati yang tidak ikhlas, adakah kita tidak membantu sebenarnya..?? tidak, apabila kita membantu, kita telah membantu walaupun bukan dengan ikhlas. Takkan kita tidak membantu bila kita tidak ikhlas..? tapi keihlasan 2 dikatakan lebih baik kerana hati kita akan membantu dengan sepenuhnya dan apabila kita membantu dengan ikhlas, bantuan yang kita akan beri adalah yang terbaik.

No comments: