Got this from the other blogger ...
People please think rationally and not emotionally
retreat and think again...
here it begins..
Malay and Dusun
Hi all,
Have you ever think or imagine about the similarities between Malay and Dusun? Come to think about this, the origins of the Malay language has yet to be confirmed by historians. However there is some historical evidence that attempts to link the origins of the Malay language. I’m interested in the origin of native tribes of Borneo or Kalimantan, and has made study via internet and books about tribes and its relation to Austronesian Malayo Polynesian. Language is one of the most important tools in Malay tradition, also known as Austronesian Malayo Polynesian. Many basic words in the language have similarities or close relationship with the native Malay language which has not been influenced by Sanskrit as Southeast Asia which was controlled by explorer from India, or the Arabic language brought by Arab traders, or the Chinese language, Portuguese and many others.
There are researches that suggest about who the real Malay is. Could it be the Borneon?
Here, check this out.
Melayu Sebenar – Dr Zafarina USM
Perkataan Melayu berasal dari Melayur iaitu istilah suku Malayalam atau Malabar dari India Selatan yang bermakna bukit atau permatang. Orang-orang Melayur adalah masyarakat asli Nusantara Sumatera (yang berasal dari Pulau Borneo berhijrah ke Sumatera yang menggunakan bahasa asal atau asli Melayu) berkahwin dengan orang-orang Indian Malabar atau Malayalam. Hasil pertembungan dua bangsa dan budaya menghasilkan bangsa Melayur sempena tempat yang dinamakan Melayur dan juga menghasilkan Indianized Kingdom (kerajaan dipengauhi India) yang memerintah ribuan tahun di kepulauan Nusantara.
Dunia Melayu mulai dikenali dengan kewujudan pemerintahan raja-raja kacukan India dan penduduk asli kepulauan nusantara termasuk Sumatera, Jawa, Borneo, Filipina, dan Champa di Vietnam. Kedatangan pengaruh Arab Islam telah menjadikan kerajaan Melayur kerajaan Islam setelah raja-raja orang Melayur memeluk agama Islam. Bangsa dan pemerintahan raja-raja Melayur akhirnya dikenali sebagai Melayu dan berkembang pesat melalui perkahwinan antara kerabat di raja, perdagangan, peperangan atau penaklukan, dan juga diplomasi atau politik.
Bahasa Melayu yang kita kini kenali berkembang menjadi bahasa perdagangan, diplomasi dan keagamaan di seluruh kepulauan nusantara di mana kerajaan Melayu telah diwujudkan. Bahasa Melayu asal mempunyai persamaan dengan bahasa asli Borneo khususnya Dusun dan Iban. Bahasa Melayu moden adalah 70% bahasa India (Sanskrit) yang digunakan oleh suku kacukan Melayu yang dipengaruhi kemudian oleh bahasa Arab, Cina dan Portugis disebabkan pertembungan budaya antara benua melalui perdagangan di bumi Melayu.
Hari ini istilah Melayu bukan istilah bangsa (race) tetapi etnik (dari segi agama) kerana tidak ada bangsa yang dikenali sebagai Melayu menurut Perlembagaan Malaysia. Seorang Melayu adalah sesiapa yang biasanya mengunakan bahasa Melayu, beraga Islam dan mengamalkan budaya Melayu. Bahasa dan Budaya Melayu adalah termasuk bahasa Sanskrit dan budaya masyarakat India Selatan.
Dalam bahasa Melayu moden, perkataan asal Melayu hanya 30% yang hampir kesemuanya dapat dikesan berasal dari Pulau Borneo. Hampir kesemua raja-raja Melayu di zaman dahulu adalah kacukan India dan tempatan (Sumatera dan Borneo)yang menggunakan bahasa tempatan sebagai bahasa asal diperkayakan dengan bahasa asing. Pada hakikatnya bahasa Melayu sekarang adalah bahasa yang diperkayakan oleh bahasa asing khususnya bahasa Sanskrit sesuai dengan kedudukan sejarah dimana selama 2,000 tahun kepulauan nusantara dipengaruhi oleh India dan Arab.
Istilah masuka Melayu bermakna menjadi sebahagian masyarakat berbudaya tinggi berasaskan budaya India dan Arab. Manusia Pagan atau Kafir dikecualikan dari defininasi ini. Penulis-penulis sejarah Melayu sebenarnya adalah Melayu kacukan tempatan dan Inda seperti Munsyi Abdullah. Raja-raja atau Sultan-Sultan Melayu zaman dahulu menganggap diri mereka keturunan Raja Iskandar Zulkarnain.
Tuntutan ini mempunyai kebenarannya kerana raja-raja Melayur adalah kacukan wanita tempatan dan pembesar-pembesar atau pedagang-pedagang kaya dari India yang seterusnya mungkin keturunan penjajah Greek di India di zaman sebelum masihi.
Hari ini, penulis-penulis Barat telah menjadikan istilah Melayu untuk mengtakrifkan penduduk asli di kepulauan Nusantara sebagai orang-orang Melayu. Ianya tidak lagi bermakna kacukan India dan orang-orang tempatan atau tertumpu kepada pembesar-pembesar negeri. Istilah ini juga dapat diterima sepenuhnya oleh masyarakat serumpun d kepulauan Asia Tenggara/nusantara.
Walau bagaimana pun, isitlah Melayu hanya digunakan setakat istilah akademik. Ianya digunakan secara meluas oleh penyelidik Barat untuk mengenali masyarakat penutur bahasa Austronesian Malayo Polynesian dari Pulau Madagascar Lautan India Afrika ke Pulau Easter lautan Pasifik Amerika Selatan. Penulis-penulis tempatan juga menulis mengenai kehebatan pelayar-pelayar orang Melayu menjelajah dunia untuk menguasai maritim lautan Hindi dan lautan Pasifik di zaman kuno sebelum Cheng Ho atau Magellan menerokai pelayaran lautan merentasi benua. Kita juga membaca bahawa terdapat 300 juta orang-orang Melayu di seluruh dunia dan pengaruh orang-orang Melayu menjadikan bangsa Melayu sebagai salah satu bangsa peneroka terbesar lautan luas.
Istilah rumpun melayu sering dikumandangkan seolah-olah ianya suatu kenyataan. Namun hakikatnya, Perlembagaan Malaysia telah memberi pengertian sempit mengenai istilah Melayu. Berdasarkan tafsiran Perlembagaan Malaysia hanya terdapat 25 manusia di seluruh bumi yang dinamakan Melayu. Orang-orang Jawa di luar Malaysia bukan orang Melayu, orang-orang asli Borneo yang pada hakikatnya rumpun Melayu juga bukan Melayu kerana mereka masih bertutur dalam bahasa atau dialek suku masing-masing.
Menurut Perlembagaan Malaysia, bangsa Melayu bukan istilah bangsa tetapi istilah agama dan budaya atau cara hidup. Orang India dan Arab Islam boleh menjadi Melayu. Dalam duia hanya terdapat dua kumpulan besar yang mendefinasikan diri mereka melalui agama dan bukan bangsa. Salah satu ialah Melayu (berdasarkan Perlembagaan Mlaaysia dan yang kedua bangsa Yahudi yang mengelar diri mereka sebagai bangsa Yahudi bukan atas ras (racial classification) tetapi agama Yahudi mereka.
Di negara-negara Arab, suku atau bangsa Arab itu adalah itilah bangsa, bukan agama. Orang-orang Arab yang beragama Kristian akan tetap menjadi orang Arab. Malah sikap orang-orang Arab terhadap orang-orang Arab bukan Islam lebih mulia. Di Palestin, Syria, Iraq, Lebanon,dll terdapat masyarakat Arab Kristian yang menpunyai semangat nasionalisma Arab yang tinggi.
Tafsiran Perlembagaan Malaysia yang sempit menjadikan bangsa Melayu sutu bangsa yang kecil dan tertumpu kepada negara Malaysia. Bagi saya tafsiran Perlembagaan Malaysia meyakinkan saya bahawa Melayu tidak wujud sebelum wujudnya kerajaan pemerintahan India (Indianized Kingdom) di Nusantara. Sejarah Melayu bermula dengan Parameswara dari Palembang yang berhijrah ke Melaka.
Sebelum ini, tidak ada orang Melayu. Yang ada adalah suku-suku asli yang bertutur dalam dialek asli Borneo atau Sumatera atau Jawa, dan lain-lain. Di Borneo suku-suku asli in kini dikenali sebagai suku Dusun/Dayak. Masyarakat Melayu yang kita kenali di Pulau Boneo adalah masyarakat Dusun/Dayak yang memeluk agama Islam atau masuk Melayu.
Negara Brunei berasal dari Atak Batatar yang dipercayai suku Murut atau Dusun Bisaya yang memeluk agama Islam dan memulakan kesultanan Brunei sehingga sekarang. Rakyat Brunei adalah suku-suku tempatan yang telah memeluk agama Islam dan mengubah cara hidup sebagai orang-orang Melayu Islam.
Demikian juga, Malaysia tidak boleh mengatakan bahawa masyarakat Malagasy di Madagascar adaalah orang-orang Melayu. Ii kerana meereka tidak memenuhi syarat-syarat perlembagaan Malaysia. Masyarakat Malagasy sebenarnya berasal dari Pulau Borneo dan bahasa mereka mirip kepada bahsa manyan yang seterusnya mirip kepada bahasa Dusun di Sabah.
Walaua bagaimana pun, tafsiran bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu sebenarnya ada kebenaran. Ini disebabkan ianya bukan isitilah untuk semua penduduk asli di kepulauan nusantara yang dikenali sebagai malayo polynesian. Ianya dalah istiah untuk masyarakat kacukan yang berasal dari Melayur India.
Penduduk asli yang dinamakan malayo polynesian memunyai ciri-ciri mongoloid bukan India walau pun kebanyakannya berkulit gelap sawong. Namun orang-orang Melayu di Malaysia hampir kesemuanya keturunan kacukan India atau Arab yang masih dapat diteliti dalam paras atau kulit penduduk Malaysia sekarang yang mirip India atau Arab – gelap, tinggi lampai, tinggi batang hidung dan bibir nipis dan bentuk kepala yang jelas bukan asli Nusantara.
Kumpulan ini adalah kumpulan cerdik, pintar dan merupakan kelas pemerintah selain menguasai bidang perdagangan negara.
Orang-orang Kelantan dan Kedah adalah di antara suku-suku tempatan yang paling asli, atau suku-suku pendatang seperti suku Bugis, Jawa, Acheh, dan lain-lain yang hampir kesemuanya masih mempunyai ciri-ciri Mongoliod yang jelas.
Kalau nak tahu, siapa melayu sebenar, inilah jawapannya.
Anak Borneo
*Tahukan anda bahasa Dusun/Iban adalah asal usul 30% dari bahasa Melayu moden. Bahasa melayu berasal dari Borneo, bukan Semenanjung Malaysia. Orang-orang Dusun/Dayak berhijrah ke Sumatera dan menjadikan Bumi tersebut tanah mereka. Berkahwin dengan orang India telah melahirkan suku bangsa Melayur atau Melayu. Kerajaan Melayur (Indianized Kingdom) telah memulakan sejarah Melayu.
Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:
Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit. Susunan ayat bersifat Melayu . Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan – wulan). Bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan – dngan atau dangan). Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas). Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat – niparwuat). Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhat****ta). Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya).
dipetik dari
http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm
Saya mendapati istilah Melayu kuno amat menarik. Sepeti d atas, bunyi b ialah w dalam melayu kuno.
Contoh bahasa Dusun (Ranau) Sabah:
Bulan /Wulan
Betis /Wotis
Batang /Watang
Batu /Watu
Buloh /Wuloh
Bulu /Wulu
Berat /Wagat
Banyak bahasa Dusun Ranau mirip bahasa melayu kuno
Contoh:
Mata/ mato
Telinga/ tolingo
Hidung /todung
Lidah /dilah
Paha /poo
Siku /siku
Betis /wotis
Darah/ raa
Lengan /longon
Pusat /pusod
Isi /tonsi
Tulang /tulang
Lemak /lunok
Makan /makan
Minum /minum
Bunga /bunga
Buah tua
Dahan raan
Batang watang
Daun roun
Kayu kayu
Tanah tana
Batu watu
Awan tawan
Sawat sawat
Bulan wuan
Itik putik
Pelanduk pelanuk
Buaya buayo
Tikus tikus
Beruang bohuang
Sesungguhnya, bahasa Dusun Ranau (Borneo) adalah merupakan asal usul bahasa Melayu kuno.
(Dusun Ranau digunakan kerana pengkaji menggunakan orang Ranau sebagai sampel kajian
kalau Dusun Lotud Tuaran yang jadi sampel confirm da guna bahasa Lotud haha)
Any comments? Feel free to express your respond.
Sincerely yours.
RESOURCES :
1. http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm
2. http://dayakdusunmalaysianborneo.blogspot.com/
Done reading?
I talk you think:)
No comments:
Post a Comment